Video Gurauan Salji Turun Di Malaysia, “Itu Pokok Kekabu Coo”

Umum sedia tahu sesetengah negara memiliki empat musim dan ada di antaranya dituruni salji. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim sejuk. Buat kita yang tinggal di negara Asia, lebih-lebih lagi Malaysia memang tiada salji.

Tapi bila ada satu video yang menunjukkan salji turun di kawasan sebuah rumah kampung, ramai yang terhibur dan mula pelik melihatkannya. Dalam satu perkongsian video itu terlihat seakan salji turun dari langit.

Malah turut kedengaran suara seorang lelaki menjerit ‘salji, salji, salji’. Berikut adalah perkongsian video gurauan salji turun di Malaysia ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mrmarjan89:

@mrmarjan89 macam di alaska ooooo#fakesalji ♬ original sound – MrMarjan

Apa yang dikatakan salji oleh lelaki ini sebenarnya adalah kekabu yang gugur dari pohon berhampiran rumah tersebut. Apa-apa pun perkongsian video gurauan salji turun di Malaysia ini telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan 96 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Syok la salji dah turun”

Video Gurauan Salji Turun 4

“Sama le rumah saya ni memang tengah musim agaknya..Atas bumbung putih dah anak pun cakap rumah kita ada salji”

Video Gurauan Salji Turun 3

“Orang Batu Kurau tak pernah serius”

Video Gurauan Salji Turun 2

“Untunglah ada pokok lekabuk yang boleh jadikan hujan salji ye..Terbaik lah kampung korang kan”

Video Gurauan Salji Turun 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.