Kes Pukul Suami Isteri, ‘Abang Spanar’ Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Mangsa

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video memaparkan sepasang suami isteri bersama anak mereka sedang bergaduh di tempat awam.

Turut terlihat sama adalah seorang pemuda yang memegang peralatan berupa spanar yang dilihat sedang meleraikan situasi tegang antara suami isteri tersebut.

Pemuda tersebut kemudiannya menjadi tumpuan netizen apabila dia kelihatan tenang mengawal keadaan sehingga muncul pula spekulasi yang mengatakan lelaki itu sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan

Pemuda bernama Akmal Zarif,20, itu yang dihubungi mStar Online kemudiannya tampil menjawab dakwaan tidak berasas sesetengah pengguna media sosial dan berkata dia hanya sekadar ingin mempertahankan seorang wanita yang sedang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ujarnya, dia terpaksa menggunakan spanar besi bukan bertujuan untuk mencederakan sesiapa sebaliknya sebagai persediaan untuk mempertahankan diri.

Mungkin orang tak duduk di situasi saya, saya jauh lebih kecil berbanding lelaki itu.

Saya cuma pegang saja, niat saya cuma nak meleraikan. Saya bukan nak mencetuskan pergaduhan yang lebih besar. Secara kebetulan saja spanar tu ada dalam kereta saya.

Akmal mula menjadi perhatian ramai sehinggakan dia digelar ‘abang spanar’ apabila rakaman video dia cuba meleraikan pergaduhan suami isteri di Tasik Darul Aman, Kubang Pasu, Kedah pada 29 Januari lalu tular di media sosial.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.