“Muka Semua Pasrah Je” – Netizen Terhibur Lihat Para Suami Sabar Tunggu Isteri Ambil Gambar Makanan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sekumpulan para suami yang terpaksa menunggu isteri mereka mengambil gambar makanan sebelum dapat menjamu makanan tersebut.

Menerusi video berkenaan, dilihat sekumpulan suami isteri sedang berkelah di tepi pantai dan menghidangkan beberapa juadah makanan di atas tikar.

Apa yang menghiburkan adalah apabila para suami dilihat pasrah berdiri sambil memegang pinggan berisis nasi telah ‘disidai’ para isteri yang sibuk mengambil gambar dan video makanan.

viral

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi berkenaan yang disifatkan sangat sama dengan realiti kehidupan sebenar mereka.

“Dengar cerita tak dapat makan lagi sampai sekarang,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Sifat semula jadi perempuan memang macam tu,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu nak gelak ke nak kesian,” tulis seorang lagi warganet.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.