Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang teruja apabila mendapat kiriman istimewa dari ayahnya.
Difahamkan, ayah kepada kanak-kanak berkenaan merupakan seorang tahanan di penjara. Namun, tidak menjadi penghalang buatnya untuk mengirim hadiah melalui seorang rakan yang baru dibebaskan pada hari tersebut.
Lebih menyentuh hati, hadiah yang merupakan keychain tersebut dibuat dengan hasil tangannya sendiri, malah dilihat pada salah satu kiriman itu terdapat nama si ayah dan anaknya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga yang pernah mendapat ‘keychain’ yang sama daripada ahli keluarga mereka yang berada dalam tahanan.
“Ya allah sensetif kalau pasal ayah, Al-Fatihah,” tulis seorang warganet.
“Sedihnya, allahuakhbar semoga jadi anak yang kuat dan soleh untuk mama papa,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Eh saya pun ada benda tu dulu, tapi mak tak bagi guna suruh simpan buat kenangan,” tulis seorang netizen.