Untuk anak-anak melalui fasa dimana mereka melihat rumah tangga ibu bapa runtuh ataupun kehilangan ibu bapa, itu bukanlah satu perkara yang mudah.
Apatah lagi mahu menerima susuk tubuh baharu di dalam keluarga sebagai pasangan baru buat ibu atau bapa mereka, pasti banyak perkara yang diletakkan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi.
Namun begitu, perkongsian seorang pengguna wanita di TikTok ini cukup menarik perhatian ramai apabila berkongsi ibunya yang berusia 44 tahun baru saja berkahwin dengan lelaki muda.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah tetapi ada juga terkejut dengan pendedahan dibuat oleh wanita itu mengenai kisah perkahwinan ibunya.

Kalau dah jodoh, umur jarak berapa pun tak apa kan. Tahniah akak dan suami baru!