Anak Oyen Tunjuk Gangster Dengan Kucing, “Kecik2 Dah Pandai Melawan Eh”

Kucing yang memiliki bulu berwarna oren sering kali diberikan nama dan dipanggil Oyen. Ada juga yang mengaitkan Si Oyen dengan perangai nakal yang panjang akal melakukan pelbagai perkara di luar pemikiran manusia.

Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seekor anak Oyen bersama kucing dewasa telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan anak Oyen ini cukup garang bila berdepan dengan kucing dewasa.

Berikut adalah perkongsian rakaman anak Oyen tunjuk gangster dengan kucing dewasa yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun bejim_:

@bejim_ Oyen gangster ????? #catsoftiktok #fyp #oyen ♬ オリジナル楽曲 – 甘味 – Sea.

Amboi bukan main garang lagi gayanya itu! Apalah yang dia tak puas hati sangat dengan kucing dewasa tersebut agaknya. Tak padan dengan kaki pendek nak pukul yang lebih besar ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman anak Oyen tunjuk gangster ini telah meraih lebih 274 ribu tontonan dan 40 ribu likes.

Rata-rata warganet geram menyaksikan gelagat si kecil ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha sama macam kat rumah maybe sebaya kot..Sebiji sama”

Anak oyen gangster 2

“Tunggu dia besar sikit, confirm balas dendam semula tu”

Anak oyen gangster 4

“Mak Oyen: Ingat muka tompok tu nak!!”

Anak oyen gangster 3

“Eee comelll nyee Oyennn”

Anak oyen gangster 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.