TERKINI: Seluruh Dunia Berdebar Menantikan Kemunculan 3 Penyelamat Membawa Keluar Rayan

Tiga orang penyelamat dilaporkan bergerak masuk mengarah ke posisi keberadaan Rayan, kanak-kanak yang terperangkap sejak Selasa setelah jatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Memetik laporan terkini dari media Maghribi, Chouf TV menerusi rakaman langsung dari wilayah Shafchaoun, pasukan yang terdiri dari tiga orang penyelamat itu diketuai oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Ba Ali’.

Sehingga kini, orang awam serta warganet di seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung berkenaan menanti dengan penuh debaran, momen bersejarah Rayan dikeluarkan dari perigi sempit tempat di mana dia terperangkap.

BACA: (LIVE) TERKINI: Keadaan Makin Genting, Misi Menyelamatkan Rayan Berada Di Fasa Terakhir

Menurut perkembangan terbaharu dari Chouf TV, pasukan penyelamat kini masih dapat melihat pergerakan kanak-kanak tersebut melalui kamera yang dimasukkan ke dalam perigi untuk memantau keadaan mangsa.

Sebelumnya, pasukan penyelamat sempat mengalami kesukaran untuk sampai ke posisi Rayan ekoran keadaan tanah yang tidak stabil.

Di samping itu, mereka juga berdepan risiko tanah runtuh kerana bentuk muka bumi di kawasan berkenaan yang bercampur lapisan berbatu dan berpasir.

Helikopter Angkatan Tentera Diraja dikatakan telah bersedia di lokasi untuk mengangkut kanak-kanak itu secepat mungkin ke unit perubatan terdekat sejurus dia dikeluarkan.

Misi menyelamatkan Rayan dikatakan menemui titik terang setelah kanak-kanak malang itu dilaporkan bakal dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja oleh pasukan penyelamat.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Chouf TV

Leave a Reply

Your email address will not be published.