“Asyik Tengok Kamera..” – Video Tenangkan ‘Housemate’ Kecewa Putus Cinta Jadi Bahan Jenaka Netizen

Bukan mudah bagi kaum lelaki untuk mengalirkan air mata tambahan lagi hanya kerana seorang wanita yang sangat mereka sayangi namun ianya tidak mustahil untuk berlaku terutamanya apabila mereka dikhianati cintanya.

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia ada berkongsi mengenai kekecewaan yang dialami rakan serumahnya.

Difahamkan rakan serumah kepada @mdausbatjo itu telah ditinggalkan kekasihnya sendiri kerana gadis itu bertunang secara rahsia, tanpa pengetahuan teman lelakinya itu.

Dalam video tersebut, lelaki yang kecewa tersebut dilihat sedang ditenangkan oleh teman serumahnya.

Namun apa yang menarik perhatian warga maya apabila gelagat teman serumahnya itu yang berkali-kali melihat kamera seperti memastikan situasi sedih itu dirakam oleh telefon bimbit.

Video yang sepatutnya menjadi sedih tiba-tiba sahaja menjadi bahan jenaka gara-gara tindakan lelaki tersebut yang seolah-olah melakukannya demi ‘content’ media sosial.

Bang, nak peluk nak pujuk kawan tu tak salah bang, bagus benda tu tapi janganlah pandang kamera saya baru nak ikut sedih sekali terus tergelak bang. – netizen

Namun begitu, ada juga netizen yang meluahkan rasa simpati serta prihatin di samping mengucapkan kata-kata semangat buat lelaki yang ditinggalkan kekasih itu kerana bunga bukanlah sekuntum, pasti ada lagi yang lebih baik buat dirinya kelak.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.