Geng Lelaki Buat Tik Tok, Kereta Polis Lalu Di Sebelah Pula Bikin Panik

Generasi muda sekarang ini tentunya cukup suka mengikuti trend terkini yang selalu dilakukan di platform seperti Tik Tok ini. Sama macam cubaan sekumpulan lelaki ini yang cuba melakukan tarian yang popular di Tik Tok namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Semuanya gara-gara kemunculan kereta polis yang melintas di sebelah mereka sekaligus membuatkan suasana panik dibuatnya. Malah rata-rata netizen juga turut sama berdekah melihat reaksi masing-masing yang panik dengan apa yang terjadi.

@asstalabistabebeh HAHAHA WE WERE MAKING TIKTOK AT 1AM THEN KENE POLIS DATANG LOL #bloopers ♬ Mendung Tanpo Udan – King AmbyarPeople

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan lelaki itu sedang bersedia melakukan tarian yang popular di Tik Tok itu. Mereka juga siap beratur di dalam satu barisan dan menunggu giliran masing-masing untuk menari.

Namun baru sahaja beberapa saat bermula, mereka akhirnya terpaksa menghentikan video tersebut gara-gara kemunculan yang tidak disangka ini. Turut kelihatan, sebuah kereta polis yang lalu di sebelah mereka dan berhenti melihat gelagat mereka ini.

polis

Menurut pemilik video, tiada apa-apa yang berlaku dan pihak polis hanya bertanyakan apa yang mereka lakukan di situ sahaja. Walaupun mereka tidak ada melakukan kesalahan, namun tentunya ia berjaya membuatkan sesiapa sahaja berasa panik dibuatnya di situ.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialami mereka ini. Malah ada yang berseloroh kesian melihat rakan-rakan lain yang tidak sempat untuk muncul dan menari di hadapan kamera.

“Kesian yang belakang tak sempat nak perform.”

video

“Yang belakang tu dah training dah macam mana depan kamera. Last-last polis datang.”

lelaki

“Ramai lagi kat belakang tunggu turn tu.”

komen

“Hahahaha lawak lah.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.