“Kalau Satu Atau Dua Bulan Ni Kes Omicron Menurun, Selamat Hari Raya..” – Khairy Jamaluddin

Terbaharu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi gambaran kepada penduduk Malaysia bahawa masih ada harapan untuk umat Islam menyambut Aidilfitri sekira berlakunya penurunan kes COVID-19 dalam negara.

Menurut Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai KJ, negara Malaysia mampu untuk menguruskan gelombang Omicron seandainya tiada peningkatan kes kematian ataupun penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).

Oleh kerana itu, beliau meminta agar orang ramai menjalankan peranan masing-masing dengan membuat ujian kendiri COVID-19 jika ada simptom dan segera dapatkan dos penggalak susulan kes semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.