Kucing Buat Muka Comel Nak Keluar Sangkar, “Menyalahgunakan Kecomelannya…”

Pemilik kucing selalunya akan meletakkan kucing di dalam sangkar pada waktu tertentu terutamanya sewaktu malam semasa tidur. Namun lain pula yang dilakukan seekor kucing ini apabila dia cuba mencairkan hati pemiliknya dengan membuat muka comel semasa berada di dalam sangkar.

Semuanya gara-gara dia mahu melepaskan dirinya dari sangkar itu sekaligus membuatkan ramai yang turut cair melihatnya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur dengan gelagatnya ini.

@berbagi.vidio.kucing Dia mau keluar 😺#cat #baby ♬ suara asli – Tiktok-BVK😻

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang berada di dalam sangkarnya semasa dirakamkan oleh pemiliknya itu. Apa yang menarik perhatian ramai ialah kucing itu berusaha menarik perhatian pemiliknya untuk mengeluarkan dia dari situ.

Lebih mencuit hati, kucing itu juga siap membuat muka comel semata-mata untuk mencairkan hati pemiliknya itu. Bukan sahaja pemiliknya malah netizen juga turut sama cair melihat kecomelannya ini yang pandai menarik perhatian ramai.

muka comel

Malah kucing itu juga akhirnya siap menyandarkan mukanya pada sangkar itu sambil memandang pemiliknya dengan mata yang membulat. Melihatkan reaksi comelnya ini, netizen pula berseloroh meminta pemiliknya segera melepaskan kucing itu dari sangkarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini. Ada juga yang berseloroh tidak menyangka kucing itu pandai mengambil kesempatan dengan wajahnya yang comel itu.

“Bagi dia keluar cepat.”

kucing

“Menyalahgunakan kecomelannya untuk orang bukak pintu. Siapa tak cair oiii.”

sangkar

“Pandai merayu nak keluar, mintak simpati ye..”

komen

“Kenapa comel sangat ni.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.