(VIDEO) Lauk Ikan & Sayur Cecah RM20! Netizen Terkejut Harga Nasi Campur Tak Masuk Akal

Keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini diakui memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malah kepada peniaga itu sendiri.

Dengan harga barang ketika ini semakin tinggi memaksa peniaga untuk menjual makanan di restoran dengan harga yang agak tidak berpatutan atau mahal.

Seperti video viral di TikTok ini, orang ramai seolah-olah tidak percaya melihat harga sepinggan nasi campur mencecah sehingga RM23 dan yang lebih mengejutkan, sepinggan nasi putih, seekor ikan keli dan sayur sawi dikenakan bayaran sehingga RM11.50.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mengecam harga nasi campur yang dianggap terlalu mahal dan dalam pada masa yang sama, mereka turut membandingkan hidangan yang sama dengan restoran lain dimana harga jauh lebih murah.

Ada juga segelintir netizen yang mendakwa restoran itu memang sedikit mahal. Bagi pelajar yang perlu berjimat cermat, memang tak sesuailah masuk ke situ kan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.