Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang hadir di sebuah majlis perkahwinan telah meraih perhatian warganet.
Difahamkan, majlis yang dihadiri lelaki tersebut merupakan majlis perkahwinnan bekas isterinya yang juga merupakan ibu kepada anak perempuan tersebut.
Namun, ketika berjumpa dengan ibunya, kanak-kanak perempuan itu dilihat enggan menerima pelukan daripada ibunya.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat seperti keliru mengapa ibu tersayang berada di atas pelamin bersama lelaki lain.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 34.9M tontonan, 2.3M tanda suka dan 69.7K komen di laman TikTok.