(VIDEO) “Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak” – Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas, pulang ke pangkalan.

Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak-anak tersebut telah berjaya mendapat perhatian orang ramai yang turut sebak melihat anak-anak kecil yang tidak mahu berpisah dengan bapa mereka.

Lebih menyayat hati apabila anak perempuan sulung yang baru sahaja pulang dari sekolah dilihat menarik barang-barang dari motor bapanya bagi menghalang bapanya dari pergi bertugas.

askar

Auto mata ibu masuk habuk jugak…

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 4.7M tontonan, 460.3K tanda suka, dan 17.3K komen di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video perkongsian itu malah ada juga yang memahami perasaan anak perempuan tersebut.

@user447694423159auto mata ibu masok habuk jgk? #warkahcintatentera???#save sni

? bunyi asal – Luqman Hakim – Luqman Hakim

“Macam aku dulu masa kecik. I feel you dik..,” tulis seorang netizen.

“Auto mata aku berkaca, si ayah terpaksa tu keraskan hati, dalam hati menangis meraung tengok anak macam tu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.