Gelagat Pelajar Main Badminton Sambil Duduk Bikin Dekah

Selain daripada menjaga pemakanan, bersenam dan bersukan juga antara perkara penting yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan. Namun baru-baru ini, gelagat sekumpulan pelajar yang bermain badminton dengan cara tersendiri berjaya menarik perhatian ramai.

Malah rata-rata netizen turut sama berdekah apabila mereka memilih untuk bermain badminton sambil duduk sahaja di lantai. Gelagat mereka ini juga tular dengan hampir sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut sama berdekah melihatnya.

@9ijjoju90085fvxrtg588y♬ Bahasa Kalbu – T r i k🧕🏼

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan pelajar itu yang sedang bermain badminton di gelanggang. Tetapi apa yang menarik perhatian ialah kesemua mereka hanya duduk sahaja di lantai sambil bermain permainan tersebut.

Mereka juga turut kelihatan seperti malas mahu bergerak di mana salah seorang dari mereka siap terbaring sambil bermain badminton. Walaupun tidak bergerak lincah seperti biasa, mereka masih lagi mampu meneruskan permainan itu seperti biasa.

gelagat

Lebih melucukan, gadis yang bermain sambil terbaring itu berjaya menumpaskan lawannya walaupun dia hanya kekal terbaring sahaja sepanjang permainan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berdekah melihat gelagat mereka bermain permainan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga mereka sudah terlalu bosan atau malas untuk bergerak ketika bermain.

“Sukan dapat mengeluarkan peluh…”

pelajar

“Sukan jenis apa ni.”

badminton

“Mereka adalah saya ketika disuruh bersukan padahal lagi malas.”

komen

“Ini atlet juara dunia pun akan ketar ketir.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.