Dakwa Boleh Kembalikan Keperawanan Wanita, Seller Rancak Jual Alat ‘Pecah Dara’ Tiruan Online

Topik mengenai keperawanan wanita atau ‘dara’ sememangnya bukan isu yang terbuka untuk dibincangkan namun ianya cukup penting bagi sebilangan individu khususnya buat bakal penganti baharu.

Menerusi carian sebuah portal berita mStar Online, wujud penjualan ‘selaput dara tiruan’ di platform e-dagang terkenal yang mendakwa produk tersebut dapat mengembalikan keperawanan dengan harga serendah Rm180.

Menggunakan promosi ‘kembali dara tanpa pembedahan’, peniaga yang berlokasi di Bera, Pahang itu dilihat telah ‘menjanjikan’ para wanita yang ingin kembali menjadi anak dara untuk membeli produk tersebut.

Tulis peniaga itu lagi, produk tersebut juga tidak menyakitkan dan harga mampu milik selain menunjukkan kesan yang segera tanpa perlu melakukan pembedahan.

Difahamkan, produk tersebut dibuat menggunakan red dye liquid yang memberi kesan seakan-akan darah manusia yang sebenar.

Menerusi tutorial yang disediakan peniaga tersebut, pembeli harus memasukkan paket aluminium berisi ‘selaput dara tiruan’ tersebut ke dalam faraj menggunakan jari telunjuk dan perlu berada dalam alat sulit wanita tidak lebih 30 minit sebelum aktiviti seksual dilakukan.

Menjengah ke ruangan ulasan produk, ramai pembeli tempatan memberi reviu dan rating lima bintang kepada peniaga serta produk tersebut.

“Lagi sebulan nak guna.. Free gift dapat banyak. Semoga seller dimurahkan rezeki.” tulis seorang pembeli.

Melihat kepada semakan tarikh komen pembeli, penjualan produk berkenaan sudah bertapak agak lama di laman jual beli atas talian sejak bertahun lamanya.

Sekadar info, Amazon sebelum ini telah menarik balik penjualan produk keperawanan palsu itu kerana telah menimbulkan perdebatan di negara India.

Selain itu, ianya juga pernah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan Ahli Parlimen di Mesir dan juga United Kingdom (UK).

SUMBER : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.