(Video) Keluarga Panik, ‘Dihantui’ Lantai Jubin Pecah & Meletup Sendiri Secara ‘Misteri’

Tular satu video di media sosial menunjukkan rakaman di mana jubin lantai rumah pecah secara tiba-tiba dan kedengaran seperti bunyi ledakan dari bawah tanah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Makassar Info ini menunjukkan situasi cemas apabila lantai di rumah tersebut terangkat dan meletup secara sendiri.

Keadaan tersebut yang menghantui keluarga berkenaan kerana bunyi letupan ‘misteri’ daripada lantai jubin berkenaan agak menakutkan kerana ia seolah-olah bunyi letupan bom.

Difahamkan, ledakan tersebut bagaimanapun bukan berpunca daripada aktiviti paranormal, sebaliknya berlaku kerana masalah pemasangan jubin seramik yang salah. Bunyi yang kuat dan bertambah akan mendorong kepada berlaku jubin tersebut bergerak dari kedudukannya. Jika bertambah tekanan pada gerakan jubin tersebut maka ledakan kuat seperti ini akan berlaku.

Bahkan kejadian seperti ini akan mendatangkan bahaya kepada mangsa kerana boleh menyebabkan kecederaan jika terkena serpihan jubin yang tajam.

Jadi, kita perlu mencari tukang yang lebih profesional untuk pemasangan jubin ini agar perkara sebegini tidak berlaku kepada kita.

Sumber: Makasar Info

Leave a Reply

Your email address will not be published.