Alahai ayah, susahnya permintaan! Anak bu.ntu, bapa baru dip4tuk ular spesies bah4ya ajak singgah makan roti canai sebelum ke hospital

Yuhanis akur dengan permintaan bapanya untuk menikmati sarapan roti canai sebelum terus bergegas ke hospital.
SELAMA 33 tahun ‘bergelum.ang’ dengan sungai, namun ins1den yang men1mpa si bapa pada tanggal 1 Februari lalu cukup membuatkan wanita ini dan adik beradiknya cem4s.

Mana tidaknya, bapa mereka dipatuk ular spesies Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus) yang mana bisa patukannya mampu membuatkan m4ngsa m4

m4ut dalam jangka masa singkat.

Menurut Yuhanis Zainal Aziz, kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 pagi Selasa lalu apabila bapanya, Zainal Aziz Abdullah, 61, baru sahaja turun ke sungai yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Baru Ladang Soon Lee, Bagan Serai, Perak untuk men4ngkap udang galah.

“Abah saya pesara kerajaan. Tapi sebelum itu dia bekas askar. Dari dulu lagi memang abah jual udang galah sebab banyak permintaan. Setiap hari abah turun sungai dan selalu pergi berseorangan.

“Pagi hari kejadi4n, seperti biasa selepas Subuh, lingkungan pukul 7 pagi abah nak keluar ke sungai. Kebetulan kami adik beradik ada di rumah abah, jadi kami kata tak payahlah pergi.

“Tapi sebab abah dah biasa dan memang selalu ramai orang order, abah pergi juga. Sungai tu dekat saja. Dalam 10 minit kemudian, abah muncul di rumah. Dia kata kena patuk ular. Ular ada dalam bot dan abah tak perasan.

“Abah sempat ‘kat.ok’ (puk.ul) ular tu lagi sebelum balik. Kami punyalah cem4s, tapi abah bertenang saja,” cerita wanita ini kepada mStar.

Yuhanis berkata dia terus mengajak bapanya untuk segera mendapatkan rawat4n di hospital kerana bimb4ng perkara yang lebih buru.k berlaku.

Ular kapak bakau yang sudah m4ti selepas dipu.kul bapa Yuhanis.

Tambah wanita berusia 33 tahun ini, tangan kanan bapanya juga sudah mula membengkak selepas setengah jam terkena patukan reptilia tersebut.

“Masa dalam perjalanan nak ke Hospital Parit Buntar, abah siap ajak singgah kedai makan sebab nak makan roti canai. Kami ni risau, nak cepat-cepat dapatkan rawatan tapi abah rileks sangat.

“Dia kata nanti dekat hospital mesti kena tunggu dan nanti lapar. Kami pun tak tergamak dan akur permintaannya. Makan memang cepat-cepat dan saya bawa abah ke klinik kesihatan dulu sebab hospital jauh sikit.

“Di klinik, doktor bagi ubat ta.han s4kit dan terus sediakan ambulans bawa abah ke hospital,” ceritanya yang menetap di Sungai Dua, Pulau Pinang bersama suami.

Bapa Yuhanis ditahan di w.ad selama tiga hari.

Bercerita lebih lanjut, Yuhanis berkata bapanya ditaha.n di wad selama tiga hari sebelum dibenarkan keluar pada 3 Februari lalu.

“Masa hari pertama abah ditahan di wad, doktor minta kami bawakan ular yang p4tuk abah sebab nak buat kajian ke atas DNA haiwan tu. Mujurlah ular tu masih ada dalam bot selepas kena katok.

“Alhamdulillah, abah semakin pulih. Masa kami melawatnya pun, dia bukan duduk dalam wad. Dia lebih suka ambil angin di luar wad.

“Dia sendiri yang minta daripada doktor nak keluar hospital pada hari ketiga tu dan doktor benarkan.

“Sekarang ni keadaan abah okay saja, bengk4k pun dah semakin surut. Lega kami adik beradik. Siapa yang tak bimb4ng kan? Abah saja yang kami ada selepas arw4h mak men1nggal pada 2012,” cerita Yuhanis lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok meraih melebihi 1.1 juta jumlah tontonan, Yuhanis berkata dia hanya mahu mengabadikan video tersebut sebagai kenangan semata-mata.

Yuhanis bersyukur keadaan bapanya kini sudah pulih.

“Tak sangka ramai sangat yang komen. Ada seorang pakar ular beritahu, abah memang kuat sebab bisa ular ni laju. Sebelum ni kes yang kena patuk ular jenis ni, orang tu men1nggal dunia tapi kes dekat luar negara.

“Kami sebenarnya ris4u sangat, banyak kali dah nasihat tak payah turun sungai. Tapi mungkin abah dah terbiasa, lagi pula jiwa askar ni kental. Kami cuma mampu berdoa abah dilindungi sentiasa.

“Perkongsian ini sebagai kenangan saja. Mesej saya daripada video tu, saya nak tunjukkan betapa kekuatan seorang bapa untuk anak-anaknya sangat luar biasa. Seorang bapa tak pernah tunjuk dia s4kit depan anak. Jadi, hargailah ayah masing-masing selagi dia ada,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.