Gelagat Oyen Pandai Pegang Botol Susu Sendiri, “Kakinya Tu Bergaya Betul…”

Anak kucing yang masih lagi kecil biasanya sangat memerlukan susu untuk membesar terutamanya yang sudah terpisah dari ibu mereka. Macam gelagat si oyen ini yang menarik perhatian ramai dengan gelagatnya ketika minum susu botol yang diberikan pemiliknya ini.

Dia bukan sahaja kelihatan comel malah rata-rata netizen turut terkejut melihat gaya si oyen yang pandai memegang botol itu dengan sendiri. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@elygejora1 setiap Mt dot gak sabaran bgt bara#foryoupage #foryou #fypシ #streetfeedingkucing #kucingoyen #fypシ #kucinglucuimut #fypシ ♬ suara asli – Ely gejora

Sebaik sahaja botol susu itu diberikan, si oyen kemudian mula menikmatinya seperti biasa. Namun apa yang menarik perhatian ialah kucing itu memegang botol susu itu dengan sendiri tanpa bantuan dari pemiliknya itu.

oyen

Lebih melucukan, dia turut memegang botol susu itu dengan bantuan dari kakinya yang turut sama menahan botol tersebut. Melihatkan gayanya ini, netizen turut tidak menyangka kucing sekecilnya ini juga pandai untuk berdikari dengan sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat si oyen ini. Malah ada yang menganggap mungkin juga kucing itu sudah diajar untuk berdikari oleh pemiliknya itu.

“Oyen oyen.”

kucing

“Pandai dia nyusu sendiri…”

botol susu

“Kakinya tu, bergaya betul.”

komen

“Uish tak expect langsung aku dia akan buat kaki macam tu. Aku ingatkan tuan empunya dia sendiri akan tolong pegang…”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.