HIBURAN(video) “jpj pun confuse, nak saman ke tak” Lelaki Guna Tangan Jadi Signal Manual Kereta Cuit Hati Ramai

(video) “jpj pun confuse, nak saman ke tak” Lelaki Guna Tangan Jadi Signal Manual Kereta Cuit Hati Ramai

Kereta menjadi pengangkutan utama membawa manusia tidak kira ke mana juga. Sudah semestinya pemilik kereta akan sayang kenderaannya dan dijaga dengan baik.

Namun jika sudah mahu rosak apa boleh buat bukan? Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki hulur tangan keluar dari kereta untuk menunjuk arah yang ingin ditujui.

Difahamkan perbuatan lelaki ini adalah kerana signal kereta rakannya itu rosak. Tapi cara lelaki ini keluar dari bumbung dan menunjukkan signal gaya manual tersebut telah undang tawa warganet.

Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki hulur tangan keluar jadi signal manual kereta yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun asrafusop:

lihat video

@asraf_usop Kadang2 kita kena guna cara lama untuk memudahkan urusan orang belakang…#AlwaysPositive #fyp #mdm #bilasemuacrack ♬ Dj BonBon Remix – 𝙁𝙝𝙖𝙖 ⚡ || • 𝐍𝐏

Memang sempoi betullah pemuda ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman lelaki hulur tangan keluar jadi signal manual kereta ini telah meraih lebih 422 ribu tontonan dan 43 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

Signal manual 1

Signal manual 2

Signal manual 3

Signal manual 4

sumber: himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published.