Pengantin Diusik Rakan Diberi Air Garam, “Bertuah Dapat Kawan Macam Ni”

Menamatkan zaman bujang menjadikan seseorang itu lebih matang untuk menghadapi cabaran di hari mendatang. Malah rakan-rakan dan keluarga antara insan yang tumpang gembira dengan menyambut pasangan raja sehari dengan majlis penuh meriah.

Bagaimanapun nasib pasangan pengantin diusik rakan dalam satu majlis yang dikongsikan ini telah mencuit hati ramai. Dalam rakaman itu kelihatan pasangan pengantin sedang berarak menuju ke pelamin.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menghulurkan satu cawan air kepada pengantin lelaki. Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah minuman tersebut adalah air garam. Nakal ya rakan-rakan mereka ini!

Berikut adalah rakaman pengantin diusik diberi minuman ‘istimewa’ yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mfxhmi:

@mfxhmi Reply to @acap_1111 ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Nasiblah ya dapat rakan-rakan suka mengusik ini! Namun begitu gelagat mereka inilah yang lebih memeriahkan majlis. Apa-apa pun perkongsian rakaman pengantin diusik rakan diberi minuman ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 39 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Memang time ni lah nak kenakan member. Baru happy majlis”

pengantin diusik rakan

“Minum air garam banyak maknanya tu..Mula akan rasa masin macam2 hal jadi. Settle fasa tu baru manis”

pengantin kena usik 3

“Tak buleh nak melawa nak hensem sekejup. Mesti nak kena kan”

pengantin kena usik 2

“Bertuah dapat kawan macam ni”

pengantin kena usik 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.