“Kita tahu dia buat benda betul” – Ibu Sajat reda anak lari ke Australia, tak pernah pujuk balik Malaysia

TIDAK sesekali pujuk Sajat pulang ke Malaysia. Demikian pendirian ibu kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat tentang anaknya itu yang kini memulakan kehidupan baharu di Australia.

Ujar Maimon Omar, 66, dia lebih rela Sajat kekal berada di sana kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya anaknya pulang ke negara ini.

“Tak… memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia.

“Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia,” katanya menerusi pertemuan eksklusif dengan mStar baru-baru ini.

Maimon bersama suaminya, Kamaruz Zaman.

Maimon ditemui di banglo mewah milik Sajat di Kota Damansara yang kini dalam proses untuk dijual pada harga RM9.5 juta.

Selepas Sajat melarikan diri ke Australia sejak Oktober 2021, banglo 10 bilik itu didiami ibu bapa Sajat bersama dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza yang masing-masing berusia tujuh tahun.

Bercerita lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi.

Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat.

“Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu… minta restu dan doa.

“Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.

“Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki,” katanya lagi.

Dua anak-anak angkat Sajat iaitu Syahmi dan Syaza kini di bawah jagaan ibu bapanya.

Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan.

Jelasnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.

“Saya tak kisah, apa mereka kata… lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.

“Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah… yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat,” katanya.

Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu selepas melarikan diri kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Syahmi yang kini berusia tujuh tahun begitu merindu Sajat setelah sekian lama tidak bertemu.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Sajat kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand, namun pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen negara itu kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Ibu Sajat tunjuk apa yang ada dlm banglo mewah sebelum dijual

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat berhasrat menjual banglo mewah miliknya di Kota Damansara pada harga RM9.5 juta.

Menerusi video di bawah berpeluang ber jumpa dengan ibu Sajat iaitu Maimon Omar, 66, untuk bersiar-siar di sekitar kediaman mewah ini.

Ibu Sajat pun ‘sp0rting’ je ajak tengok haiwan peliharaan seperti itik, ayam dan ikan… lebah pun ada.

VIDEO.

SAJAT BERITAHU SATU SYARAT SEKIRANYA MAHU DIA PULANG KE MALAYSIA

Usahawan yang mendapatkan suaka di Australia, NurSajat Kamaruzzaman, membayangkan dia tidak bercadang untuk kembali dengan mudah ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini “sudah hancur.”

Pun begitu, dia berkata, kalau ada orang menawarkan RM2 juta kepada nya keputusan itu mungkin berubah.

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa.Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah.

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik?

Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan netizen.

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.Disebabkan itu, dia mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terbaru, dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.

Mak nyah itu dikehendaki hadir di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Tak mahu disalahkan atas bencana alam

Sajat pada masa sama secara sinikal menjelaskan, tidak lagi mahu dijadikan seolah-olah kambing hitam sekiranya sesuatu bencana menimpa negara ini. Jelas Sajat, dia sudah serik apabila namanya seringkali ‘dipetik’ menjadi asbab sesuatu musibah menimpa Malaysia.

“Kalau saya balik Malaysia, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ni.Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam yang berlaku kat Malaysia tu orang cakap disebabkan salah saya.Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya,” ujarnya.

Menambah hujahnya itu, kata Sajat, walaupun dia sudah tidak berada di Malaysia, negara ini tetap ditimpa musibah.

“Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak.Ni, aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlehkan lagi,” katanya.

‘Pender4an seksual’ di sekolah agama

Menurut Sajat, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum terhadapnya disebabkan penampilannya sedangkan banyak lagi perkara negatif berlaku disebabkan kejahatan yang disembunyikan.

Dia turut mengambil contoh penderaan seksual yang berlaku di sekolah-sekolah agama.

“Manakala, manakala itu kita tak nampak, tuding satu jari kat Sajat, empat jari lagi pada orang yang tak nampak.Mereka berselindung di sebalik baju, jubah dan kopiah,” katanya.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.