Promosi Lagu Sambil Mandi Buih, Janna Nick Dikec4m Netizen – “Kurniakanlah Kami Rasa Malu Ya Allah..”

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mencvri perhatian wargamaya apabila mempromosikan lagu terbarunya sambil sedang mandi buih di dalam tab mandi.

Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, memuat naik video yang asalnya dari platform TikTok itu untuk tatapan umum. “JANGAN G4TAL OK,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, Janna dilihat berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih sambil menunjukkan pelbagai aks1 dan menyanyikan single terbarunya berjudul G4tal.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang selesa mereka dengan aks1 mandi buih tersebut.

Bukan sahaja itu, perkongsian tersebut juga mengvndang pelbagai komen yang tidak sen0noh daripada segelintir golongan lelaki.

“Dulu tak macam ni pun,” ujar seorang wargamaya. “Ampunkan kami Ya Allah, kurniakanlah kami rasa malu Ya Allah,” doa seorang wargamaya.

“Ni kira simpt0m sakit m3ntal ke?” tanya seorang wargamaya. “Teruskan usaha anda. Beginilah baru dinamakan artis,” ujar seorang wargamaya.

“Tak nampak apa pun, Husnuzon. Mungkin dia pakai baju putih kat dalam bathtub netizen sekalian,” sokong seorang wargamaya.

“Kak Janna ingat Allah, please tak elok buat content macam ni. Lelaki kat komen ni pun,” tegur seorang wargamaya.

“Mana la tak depress1on, awak yang mulakan dulu. Moga awak dapat hidayah. First time saya komen, terasa macam perlu juga komen, lama dah saya pendam,” kata seorang wargamaya lagi.

Komen Netizen:

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 500,000 tontonan daripada warga Instagram.

Terdahulu, Pelakon dan pengacaraJanna Nick mendedahkan dia menerima banyak gangguan berbaur lucah yang dihantar menerusi DM di akaun Instagram miliknya.

Menganggap ianya lumrah hidup sebagai selebriti, Janna berkata dia bersikap lebih matang serta mempedulikan perkara itu.

“Sebagai seorang selebriti, terima gangguan serta godaan dari lelaki ini biasa, terpulang bagaimana kita hendak melaluinya.

“Jujur cakap kalau saya buka atau baca DM memang banyak benda pelik-pelik. Ada ‘siput sedut’ (alat sulit). Semua ada.

“Tapi terpulang kepada kita nak repost, nak tularkan atau sebagainya. Saya pula memilih untuk tidak mengendahkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Janna mendedahkan dia pernah diganggu lelaki kurang siuman sehingga diekori sampai ke depan rumah.

“Saya pernah diekori seorang lelaki yang menunggu di depan rumah saya dari jam 8 malam hingga 4 pagi. Rupanya lelaki yang selama ini DM saya dengan benda pelik berulang kali.

“Nasib baik selama ini saya tidak pernah berjalan seorang diri dan biasanya berdua atau ramai,” katanya.’

Dini Schatzmann Ikhlas Jaga Janna Nick, Tak Pernah Rasa Terbeban

Sentiasa berada di sisi kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Janna Nick berada dalam keadaan selamat.

Kata Dini, sepanjang dua tahun bersama mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental dihadapi kekasihnya itu serta sentiasa positif untuk Janna.

“Kita tak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental. Awalnya saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna.

“Lama kelamaan saya mula faham. Saya hanya perlu sentias bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, beri masa yang dia perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini berkata dia ikhlas melakukan apa sahaja perkara untuk Janna dan tidak pernah menganggap ianya satu beban meskipun kekasihnya itu sentiasa mengaggap dirinya hanya menyusahkan.

“Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

“Ketika mengalami tekanan, saya cakap apa pun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itulah waktu yang paling susah. Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi.

“Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja. Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu. Bila keadaan tenang, barulah saya cuba aturkan temujanji bertemu doktor psikiatri,” katanya.

Tahun lalu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika di usia remaja.

Sumber: rotikaya

Sumber : Instagram Jannanick/https://gempak.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.