(VIDEO) Siap Letak Kaki Di Stereng, Gelagat Dua Pemandu Bergaduh Nak Jalan Dulu Cuit Hati Netizen

Tular di media sosial TikTok apabila gelagat dua orang pemandu yang enggan mengalah untuk ‘jalan’ terlebih dahulu apabila bertembung di sebuah jalan raya yang sempit telah mencuit hati netizen.

Masing-masing tak mahu mengalah, kekal tidak bergerak kedua-dua pemandu tersebut tersangkut di sebatang jalan raya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemandu yang merakam video terbabit bertindak meletakkan kakinya pada stereng kereta dengan mengungkapkan perkataan penuh amarah.

Lelaki tersebut menegaskan bahawa dia tidak akan mengalah untuk memberi laluan kepada kereta di hadapannya dan menunggu kenderaan tersebut berundur jika mahu bergerak dan meneruskan perjalanan.

Kau tak nak mengalah? kau punya hal. Pergi lantak la korang nak cakap apa. Kalau nak, kau gerak, taknak kau punya hal.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa kurang senang dengan sikap empunya video yang tidak mahu mengalah dan bersikap biadap dengan meletakkan kaki pada stereng.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Myvi dengan Myvi bergaduh ibarat perempuan bergaduh – netizen

Ada juga yang menasihatkan agar masing-masing lebih menerapkan sifat timbang rasa agar benda remeh-temeh dan pergaduhan kecil seperti ini boleh dielakkan dan tidak berlaku di masa akan datang.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.