Warganet Garu Kepala Tonton Wanita Petik Brokoli Di Kaki Bukit

Tanaman seperti sayuran dapat memberikan manfaat kepada manusia. Orang kata berbudi pada tanah, kita yang dapat hasilnya. Malah umum sedia tahu dengan makan sayur-sayuran dapat memberikan vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang wanita memetik brokoli di bukit telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak gaya perempuan itu seakan brokoli tersebut tumbuh liar di celahan batu di bukit.

Bukan satu dua ya brokoli yang dipetik sebegitu, tapi banyak! Korang saksikan sendiri gaya wanita petik brokoli di kaki bukit dalam rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun judasjos ini:

@judasjoskulat brokoli ?

♬ nhạc nền – ᵛᶰシ❦❖TVT❖.TiKToK.❖.★彡 – ミ★тνт★彡 ᵀᴵᴷ ᵀᴼᴷ

Nampak macam betul je brokoli tumbuh di kawasan sebegitu bukan? Memang hebat lakonan wanita petik brokoli di kaki bukit ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 2.7 juta tontonan dan 65 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Google jugak tengok pokok brokoli tumbuh. Rosak sains pertanian aku”

Petik brokoli 4

“Aku sorang ja ka..Tak tahu pasal brokoli nii..Tumbuh camna..Sebab aku suka makan natang nii..Buah a sayur ni..tolong habaq sat”

Petik brokoli 3

“Sungguh peradapan yang sangat menbangonkan”

Petik brokoli 2

“Sudah..Lepas ni ramai tanam lumut pastu tunggu jadi brokoli”

Petik brokoli 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.