Demi menjadi wanita paling cantik di majlis kahwin, ramai pengantin perempuan tidak kisah membayar kos yang super mahal kepada MUA. Bagi orang biasa, selalunya anggaran harga upah yang dicari mungkin di bawah bajet RM1000 atau RM2000. Bukan gaya solekan semata-mata, tetapi kualiti jenama produk kosmetik juga diambil kira dalam bayaran yang dikenakan oleh penatarias.
Makeup bayar 50 juta rupiah (RM14,619) tapi super worth it
Tahukah anda sebenarnya makeup looks yang natural adalah lebih mahal? Mungkin kisah pengantin bernama Tasya Revina ini umpama menjadi bukti setelah dia rela membayar sekitar RM14,619 demi mendapatkan solekan paling sempurna. Dengan penggunaan warna blusher yang tidak terlalu garang telah berjaya menaikkan seri wajah mempelai berusia 26 tahun itu.
Dibayar RM14,619 secara tunai tanpa tawar menawar
Terlampau berpuas hati dengan hasil kerja MUA berkenaan, juga melunaskan bayaran upah secara tunai tanpa meminta tawaran diskaun. Sejak dimuat naik, rakaman itu berjaya mendapat hampir 4 juta tontonan daripada netizen.