Beri Nasihat Memancing Musim Hujan, Tapi Akhirnya Tunjuk Hasil, “Kuat Sgt Ni Boss”

Menjadi satu aktiviti untuk mengisi masa lapang, memancing dapat menenangkan hati dan fikiran ketika menanti umpan mengena pada ikan. Malah jika berjaya mendapatkan ikan, kepuasan buat si kaki pancing lain pula ceritanya.

Umum sedia tahu aktiviti sebegini memerlukan cuaca yang baik dan kawasan sesuai. Kadang bila keluar memancing boleh tidak sedar masa berlalu pergi.

Sekadar hiasan/ Kredit VIVIANE6276
Sekadar hiasan/ Kredit VIVIANE6276

Namun begitu, satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki memberi nasihat memancing ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan lelaki ini sedang menunjukkan kawasan yang agak sesuai untuk melakukan aktiviti memancing.

Kedengaran lelaki ini beri nasihat memancing musim hujan dan dia meminta orang ramai untuk berhati-hati. Namun pengakhiran rakaman ini sebenarnya lelaki tersebut mahu menunjukkan yang dia mendapat ikan.

@mrrebell96 musim hujan ni hati2 mancing #lesentaunbaru #renew #besarbesarbas ♬ original sound – mrRebell96

Amboi bukan main lagi dia tayang hasil dari memancingnya itu ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 43 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Aduh2 pun dah 2 kilo sekali naik…Apa kisah”

Beri Nasihat Memancing 5

“Jangan racun kuat sangat bang..Haha”

Beri Nasihat Memancing 4

“Ni bukan menganjing ni tapi mengikannn”

Beri Nasihat Memancing 2

“Betul bang, dah la licin, kilat pulak tu. Hati2 yang lain tu mancing”

Beri Nasihat Memancing 3

“Kuat sangat ni boss”

Beri Nasihat Memancing 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.