Melatah adalah salah satu tindakan spontan yang juga diluar kawalan seseorang. Ada yang berpendapat perlakuan ini boleh ‘berjangkit’ jika korang sejenis suka mengusik orang melatah.
Sudah pastinya mengusik kaki latah ini membuatkan mereka terhibur dengan tindakan tidak sengaja tersebut. Namun haruslah dilihat tempat dan situasi. Ini kerana risau lain pula yang jadi nanti.
Bagaimanapun, satu video yang memaparkan mak cik melatah sambil mengeja ini telah mengundang tawa warganet. Dalam rakaman itu kelihatan seorang pak cik mengusik mak cik ini yang kemudiannya mengeja sambil melatah beberapa perkataan.
Berikut adalah rakaman mak cik melatah sambil mengeja yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun amierdanishdanisha_95:
@amierdanishdanisha_95 #melatahviral #melatahteruk #pantunlucu #kamisempoi #kitasupportkita #foryoupage #fypシ゚viral #trending #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – Amier Danish439 – Amier Danish_95
Macam-macam bunyi pula yang keluar ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman mak cik melatah sambil mengeja ini telah meraih lebih 890 ribu tontonan dan 43 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Aduh kelakor tol mak cik ni kena nyakat. Seronok nengok orang latah ni hahaha”
“Melatah lah mok cik ni tak tahan dah asyik gelak”
“Dalam sedih saya boleh ketawa”
“Dalam stress aku tengah kerja mengadap pesakit ni sambil tak de mood aku boleh gelak dengan mak cik ni. Alip ya mengaum rimau haha”