Proses Menyelamat Berdepan Kesukaran, Haidar Kelihatan Tapi Tak Boleh Ditarik Keluar

Usaha tanpa henti untuk mengeluarkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam lubang perigi di Afghanistan kini memasuki hari ketiga.

BACA: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan

Menurut maklumat terkini yang dikongsikan oleh Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, Haidar kini semakin kelihatan dan hanya tinggal setengah meter sahaja lagi untuk mencapai kanak-kanak tersebut.

Haidar sudah kelihatan dan hanya tinggal setengah meter sahaja lagi untuk di dikeluarkan.

“Dia boleh saja ditarik namun keadaan sekeliling yang berbatu mungkin mencederakannya,” kata beliau.

Oleh itu, Abdullah berkata, pihak gabenor tidak membenarkan Haidar ditarik keluar dan menyarankan supaya batu dipecahkan terlebih dahulu bagi mengeluarkan kanak-kanak itu dengan selamat.

Memetik laporan salah seorang wartawan tempatan, Bismellah Pashtonml, para petugas memaklumkan bahawa operasi menyelamat Haidar kini berada di tahap akhir.

Namun bagitu, keadaan kesihatan kanak-kanak itu dikatakan tidak dapat dikenalpasti. Terdapat sumber tempatan yang memberitahu mangsa sudah tidak boleh berkomunikasi.

BACA: (Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu

Sementara itu, Menteri Pertahanan Afghanistan, Mawlavi Mohammad Yaqoub dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Abdul Bari Omar turut dilaporkan tiba di lokasi kejadian untuk memantau secara lebih dekat operasi menyelamatkan Haidar.

Haidar dilaporkan terperangkap pada kedalaman 10 meter di dalam sebuah perigi buta setinggi 25 meter yang terletak di wilayah Zabul, sejak Selasa lalu.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Twitter Abdullah AzzamBismellah Pashtonml

Leave a Reply

Your email address will not be published.