Kadang-kadang bila terkejut pelbagai reaksi spontan akan keluar. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sejenis melatah. Usik sedikit pun boleh terkeluar segala perangai yang kebiasaannya akan terjadi bila mereka terkejut.
Sama seperti satu situasi yang telah menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun simonkutin21 ini. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang lelaki di dalam kereta hon wanita yang sedang berjalan di tepi jalan.
Nampak seperti di dalam kampung. Namun rakaman tersebut menjadi perhatian ramai gara-gara salah seorang wanita tersebut melatah dan mula melakukan pelbagai aksi yang menghiburkan.
Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki hon wanita tepi jalan dan seterusnya termelatah ini:
@simonkutin21😅😅
Ha..kau jangan main-main dengan orang melatah tau! Siap minta macam-macam lagi! Tapi memang best bila lelaki itu turut melayan segala permintaan wanita tersebut. Rakaman lelaki hon wanita tepi jalan ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan 47 ribu likes.
Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Kalau selalu usik orang melatah, kita nanti jangkit. Tak caya tunggu tua nanti”
“Berkawan/ bersahabat dengan orang melatah tu sangat menceriakan. Kita akan selalu tersenyum ketawa dan tersengeh2 sepanjang bersamanya”
“Bahaya ni..Naya kalau naik kereta orang tak kenal”
“Nakal betul kesian dia”