Empat Kanak-Kanak Tinggal Di Rumah Flat Penuh Sampah, Tak Makan Tiga Hari

Empat orang kanak-kanak yang dilaporkan berusia antara tujuh, lima, empat dan tiga tahun telah diselamatkan dari sebuah rumah flat yang kotor dan dipenuhi sampah di Kazakhstan.

Lapor Daily Star, kesemua kanak-kanak itu turut didapati kekurangan zat, sukar untuk bercakap dan juga tidak dapat berjalan dengan baik.

Malah, seorang daripada mereka kini dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut laporan, kediaman mereka itu dipenuhi sampah dan juga lampin kotor dan keluarga berkenaan juga tidak menjamah sebarang makanan sekurang-kurangnya selama tiga hari.

Penemuan kanak-kanak dalam keadaan menyayat hati itu bermula apabila jiran keluarga itu telah menghubungi polis setelah mendakwa terdapat pergaduhan dari rumah tersebut.

Kanak-kanak itu berada di sebuah rumah yang kotor, terdapat najis lalat, dan bau hancing di mana-mana.

budak kurang zatSumber : Daily Star 

Kanak-kanak itu berbogel dan kotor. Mereka semua tidak boleh berjalan. Ada yang perut kembung, muntah selama lebih dua hari dan tidak cukup zat.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah mendapat sebarang rawatan perubatan.

Kesemua kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak.

SUMBER : Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published.