Oyen Mahu Selongkar Laci Tak Berjaya, “Selalu Budak Je Wat Gini”

Memiliki haiwan peliharan kadang-kadang mampu memberikan hiburan kepada pemiliknya. Apatah lagi apabila haiwan tersebut adalah kucing yang mempunyai pelbagai perangai hinggakan setiap hari ada sahaja benda yang dibuatnya.

Sama seperti gelagat seekor kucing berbulu oren yang dikongsikan rakaman haiwan ini di sosial media. Dalam rakaman tersebut kelihatan si Oyen ini cuba membuka laci yang sudah dilekatkan.

Screenshot at Feb 19 14-21-39

Nampak macam laci itu sudah biasa kena selongkar menyebabkan pemiliknya meletakkan pelekat supaya tidak mudah untuk dibuka. Gelagat si Oyen mahu selongkar laci yang tidak berjaya dibuka itu membuatkan ramai terhibur.

Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat si Oyen mahu selongkar laci namun tidak berjaya ini:

@vivaalbab oyen #pecintakucing #oyennakal #catsoftiktok #fyp ♬ original sound – AbabVava1320

Perkongsian rakaman oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun vivaalbab ini telah meraih lebih 39 ribu tontonan dan 3,000 likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah haiwan comel ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Tak memasal mak nak bukak pun payah dah sebabkan awak yen..Muka tu innocent gila…cair acik”

Oyen Suka Selongkar Laci 4

“Kucing2 saya sama la. Pandai sangat buka pintu kabinet. Padahal pintu tu takde pemegang pun..Dia korek dengan kuku”

Oyen Suka Selongkar Laci 3

“Memang selalu dioarang kena bebel bila buat sepah…Tu diorang buat dek je”

Oyen Suka Selongkar Laci 2

“Selalu budak je wat gini sebab menyelongkar. Ni Oyen haha”

Oyen Suka Selongkar Laci 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.