Kita sudah pasti teruja bila melihat kaum sendiri fasih berbahasa asing
Tidak dinafikan, Malaysia kaya dengan pelbagai kaum yang mempunyai banyak budaya dan bahasa. Oleh sebab itu, tidak hairan jika ada yang menguasai lebih daripada dua bahasa iaitu bahasa Mandarin atau bahasa Tamil.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki Cina lancar berbahasa Tamil telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
@saya_tiaa #drama15saat😂 #fyp #foryou #kamisempoiii🔥🔥🔥 ♬ original sound – saya tiaa
Fasih cakap Tamil dengan jiran serupa dalam drama
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki Cina sedang bercakap dengan jirannya di depan rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah lelaki tersebut dilihat fasih berbahasa Tamil. Ramai teruja dengan kelancarannya.
Difahamkan, dia merupakan seorang kacukan kaum Cina dan India. Dalam video tersebut juga diselitkan subtitle yang berbahasa Melayu dialek Negeri Sembilan.
Image via @saya_tiaa (TikTok)
“Muka Cina, cakap Tamil, translate Melayu, wah memang 1 Malaysia” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1M tontonan, 60K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan teruja dengan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @saya_tiaa (TikTok)
Image via @saya_tiaa (TikTok)
Image via @saya_tiaa (TikTok)
Image via @saya_tiaa (TikTok)