“Suara Macam Ni yang Patut Diketegahkan..” -Suara Pemuda Ini Dikatakan Macam Arw4h Sudirman

Bakat menyanyi tidak dimiliki oleh semua orang. Ada yang hanya menyanyi untuk menghiburkan diri sendiri dan ada juga menjadikan kelebihan tersebut untuk menjadi punca rezeki mereka.

Namun begitu, terpulang kepada cara masing-masing. Sudah pastinya jika sudah ada bakat, pasti akan ada yang menghargainya. Walau bagaimanapun, bakat nyanyian yang ada pada seorang pemuda ini telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Pemuda tersebut menyanyi bersama kumpulan muzik di tepi jalan atau dinamakan busker ini telah membuatkan ramai kagum apabila mendengarkan suaranya. Manakan tidak, suara nyanyiannya hampir sama dengan penyanyi lagenda tanah air, Sudirman.

Video

@nurbolaaat3 Anak buah sudirman ke ni??? SUARA YG PATUT DIKETEGAHKAN!! Sedap! #sudirman #fyp #fypシ #suarasedap #vocales ♬ original sound – nurbaby

Sama betul suaranya! Perkongsian rakaman suara pemuda ini dikatakan macam Sudirman telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nurbolaaat3. Rakaman ini telah meraih lebih 270 ribu tontonan dan 26 ribu likes.

Rata-rata warganet turut akui suara nyanyian lelaki ini hampir sama dengan penyanyi lagenda tersebut. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Arwah Sudirman ada anak sedara sebijik copypaste ngan arwah. Atai kalau tak silap namanya”

“Suara dia rare kan. Maksudnya untuk baya2 macam dia jarang la boleh dengar suara macam ni”

“Saya pernah tengok dia nyanyi medan bentayan muar…Sangat bagus”

“Sebijik sora arwah Sudirman”

“Kalau adik ni ada TikTok..suro buat live boleh tak. Mesti akan ramai peminat”

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.