Suami Berjoget Sakan Atas Pentas Dengan Perempuan Cantik, Isteri Ger4m BaIing Kasut

Keasyikan seorang lelaki sedang berjoget di atas pentas bersama beberapa wanita lain dalam sebuah acara festival mengundang padah apabila seorang wanita dipercayai isterinya bertindak melempar kasut ke arahnya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara jiran, Indonesia dan video itu dikongsi oleh andreli_48 di laman Instagram.

Menerusi video pendek dikongsi, seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru dilihat sedang sakan berjoget ditemani beberapa individu yang turut berada di atas pentas tersebut.

Berang melihat tindakan si suami, seorang wanita dilihat berada dalam keadaan marah datang ke hadapan pentas secara tiba-tiba sebelum melemparkan kasut yang dipakainya ke arah lelaki berkenaan.

Apa yang lebih melucukan lelaki tersebut dilihat sama sekali tidak ‘berganjak’ walaupun telah mendapat amaran daripada isterinya dan tetap menari seperti biasa. Perakam video ini sama sekali tidak dapat menahan ketawa melihat insiden tersebut dan terdapat seorang lelaki lain yang cuba memulangkan semula kasut wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video berkenaan dan ternanti-nanti hukvman yang bakal diterima oleh lelaki itu.

Komen Netizen:

Sumber: andreli_48 & BeritaHit via https://ohbulan.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published.