Oyen Kantoi Main Dengan Buah Naga, “Buat Hal Lah…”

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum tentang kenakalan kucing berwarna oren atau lebih popular dipanggil oyen ini. Mereka sering kali menarik perhatian ramai dengan perangai nakal mereka yang lebih dahsyat daripada kucing biasa.

Sama juga macam gelagat si oyen ini yang kantoi bermain dengan buah naga sehingga membuatkan badannya habis kotor dibuatnya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih enam juta tontonan setakat ini.

@connie9320 ???#fyp #foryou #cute #petsoftiktok #cats ♬ Anthem for Lazy Cats – Matias La Cour

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen yang telah mencetuskan huru hara di rumahnya itu. Turut dapat dilihat, kucing itu yang berada di dalam keadaan yang kotor gara-gara bermain dengan buah naga tersebut.

Buah naga bukan sahaja terkenal dengan rasa enak mereka malah warna ungu yang selalu meninggalkan kesan. Gelagat kucing itu yang kantoi bermain dengan buah naga tersebut turut mencuit hati netizen ditambah pula dengan reaksinya ini.

buah naga

Malah semasa pemiliknya cuba membersihkan badannya itu, dia juga hanya memberikan reaksi wajah tidak bersalah. Lebih melucukan, pemiliknya pada akhirnya kemudian berputus asa untuk membersihkan bulu kucingnya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat selambanya ini. Ada juga netizen yang berseloroh pastinya lama proses yang diambil untuk menghilangkan warna tersebut dari badan kucingnya itu.

“Sakit tapi tak berdarah.”

kucing

“Oyen oyen.”

oyen

“Kat tangan pun susah hilang ni kan bulu kucing, kena masuk mesin basuh ni.”

komen

“Buat hal lah. Tak pasal pasal kena clorox ni.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.