‘Update’ Terbaru, Aplikasi MySejahtera Kini Minta Gambar Keputusan Ujian Kendiri COVID19

Sebelum ini, pengguna aplikasi MySejahtera hanya perlu mengisi borang digital ketika melaporkan hasil ujian kendiri Covid-19 dan memaklumkan sama ada mereka diuji positif, negatif atau jika ujian mereka tidak sah.

Namun, baru-baru ini MySejahtera telah membuat satu ‘update’ baru dimana pengguna perlu memuat naik gambar keputusan ujian Covid-19 semasa mengemaskini status kesihatan mereka.

Malah, pengguna juga perlu menyatakan di mana serta bila ujian itu dilakukan.

mysejahtera

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seseorang itu digalakkan untuk membuat ujian kendiri sebelum menghadiri himpunan atau acara awam, atau sama ada ketika mereka mengalami simptom Covid-19.

Berdasarkan protokol terbaharu yang disiarkan pada 17 Feb lalu, kontak rapat dikehendaki menjalani kuarantin lima hari, jika mereka sudah menerima dos penggalak dan melakukan ujian kendiri selepas tamat tempoh kuarantin.

Menurut laporan FMT, mereka yang divaksin sepenuhnya tetapi belum menerima dos penggalak perlu menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari, manakala yang belum divaksin sepenuhnya perlu dikuarantin 10 hari.

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Leave a Reply

Your email address will not be published.