“Copy Design Orang Lain Macam Takde Maruah” – Sahabat Puji Vivy Yusof ‘A Strong Person’, Terima Kecaman Netizen

Posting rakan baik usahawan Vivy Yusof tentangnya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Menerusi Instagram story, Asma Nasa berkongsi sebuah gambarnya bersama Vivy.

Katanya, sahabatnya itu adalah salah seorang manusia paling tabah yang dikenalinya. Perkongsian itu dibuat selepas Vivy dikatakan menerima kritikan hebat di media sosial.

Jelas Asma, dia merupakan seorang individu yang akan mencari dan memandang dari sudut positif tentang sesuatu isu.

Menurutnya lagi, zaman sekarang orang ramai dilihat seolah-olah seronok dan enjoy apabila menyebarkan berita palsu atau berkata sesuatu yang buruk tentang orang lain.

Bagaimanapun, perkongsian Asma itu menerima kritikan dan kecaman semula daripada netizen di Twitter.

Ramai yang tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh Asma tentang Vivy Yusof.

Antara isu yang dibangkitkan oleh netizen adalah kes ‘copy’ pereka tempatan yang dilihat berkali-kali berlaku selain ada yang membangkitkan isu di mana syarikat perniagaan Vivy mendapat suntikan dana daripada Khazanah selain dia juga datang daripada keluarga yang kaya.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.