“Jelas Tangan Curi..” – Tular Video Rakaman CCTV, Wanita Kantoi ‘Rembat’ Telefon Orang

Tular di laman Twitter, video rakaman CCTV yang memaparkan seorang wanita bertudung hijau mengambil telefon pelanggan lain yang tertinggal di kaunter bayaran sebuah kedai roti Haruka Bakery, Melawati mall.

Menurut ciapan tersebut, pemilik telefon berkenaan yang dikenali sebagai Nalissa Azmee menggesa orang ramai membantu dirinya mencari wanita tersebut.

Difahamkan, dia turut membuat laporan polis dan meminta wanita tudung hijau dalam rakaman CCTV memberi kerjasama memulangkan telefon.

Saya cuma perlukan handphone sebab urusan umrah saya semua dalam phone. Tolong saya warga Ampang atau Melawati.

Lebih menyedihkan, menurut hantaran di laman Facebook staf kedai yang bertugas, pemilik telefon sedang mengandung dan bakal tunai umrah hujung minggu ini dan segala dokumen penting ada di dalam telefon itu.

Kami cuma membantu apa yang boleh sebab kesian owner handphone tu ibu mengandung, menangis dia tadi.

Walau bagaimanapun, dengan kuasa sosial media, pemilik telefon bersama 5 pegawai polis telah berjaya menangkap pencuri pada jam 3.30 pagi.

Kenyataan yang diberikan memang berunsur mencuri dan pencuri mengaku mencuri kerana berniat untuk menjual.

Handphone memang dah kena reset, dokument umrah semua gone. Takpelah mungkin situ kita boleh belajar.

Dalam pada itu, pemilik telefon berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada warga media sosial dan pihak polis kerana sudi membantu kes kecil kecurian telefon sewaktu kes Covid-19 yang semakin meningkat naik.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.