“Kami Sangat Susah..” – Wanita Terpaksa Merayu, 2 Tahun Tunggu Proses Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU

Rasanya ramai yang tidak tahu banyak golongan asnaf sememangnya terpaksa bergantung pada bantuan orang luar dan bukannya disengajakan untuk ‘meminta-minta’.

Di samping itu, kewujudan pusat bantuan zakat juga merupakan satu alternatif penting yang berfungsi sebagai ‘talian hayat’ buat golongan asnaf yang mempunyai banyak tanggungan.

Bagaimanapun, seorang wanita di TikTok ini meluahkan rasa terkilan apabila masih menunggu proses permohonan bantuan daripada pihak zakat setelah dua tahun bersabar.

Difahamkan, borang JKM perlu diisi sebanyak dua kali berturut-turut, namun alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati dokumen tersebut sudah tidak lagi dijumpai dan oleh kerana itu, urusan pemprosesan tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Menurutnya lagi, bantuan itu amat penting kerana ianya untuk membiayai enam orang anaknya bersama ibu OKU yang sudah terlantar, apatah lagi dia hanyalah peniaga kecil dimana pendapatan tidak menentu pada setiap hari.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati atas apa yang telah terjadi kepada wanita tersebut dan ada juga yang berkongsikan kisah mereka yang lebih kurang sama seperti wanita ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.