“Mana Ada Membazir” – Bakal Ibu Selamba Beli Beg Keperluan Baby Total RM50,000

Biasanya bagi menyambut kelahiran anak pertama, para ibu tidak kisah membelikan banyak baju comel kerana terlalu teruja. Namun bagi adik ipar kepada Iqbal Zulkefli ini, siapa menduga dia telah mengeluarkan jumlah perbelanjaan cukup besar untuk bakal zuriat yang bakal lahir tidak lama lagi.

Terima kasih suami belanja beg harga sebiji kereta

Terdahulu, dia juga pernah viral apabila suaminya membelikan beg tangan bernilai sekitar RM36,000 sebagai ‘hadiah’ sebelum bersalin. Lebih bermakna kerana lelaki berkenaan tidak berkira menggunakan duit gajinya sendiri untuk merealisasikan kejutan tersebut. Sudah dekat dengan due date, kelmarin Puan Ayuni mula merasakan contraction tatkala sedang makan di luar sebelum ditenangkan suami.

Mana ada membazir…Rasa gembira dapat beli untuk insan tersayang

Namun pada semalam, usahawan muda ini sempat membuat video unboxing beberapa beg keperluan bayi dan persiapannya untuk bersalin tidak lama lagi. Mengejutkan, dia telah berhabisan RM50,000 dalam masa sehari namun semuanya dilakukan demi anak sulungnya. Meskipun besar nilainya, baginya pembelian itu bukanlah sebuah pembaziran.

Alhamdulillah rezeki bayi…Mak-mak memang akan utamakan anak dulu

Melalui ruangan komen, ramai yang terkejut namun tumpang gembira dengan rezeki Puan Ayuni membeli barang semahal itu. Malah mereka sangat memahami keterujaan seorang bakal ibu untuk menyambut permata sulung dalam keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.