“Saya Dah ‘Behave’ Sebaik Mungkin, Apa Lagi Salah Saya..” – DSV ‘Penat’ Dikecam Netizen

Usahawan kosmetik sensasi yang juga dikenali sebagai Presiden Netizen di dalam program Big Stage 2022 iaitu Datuk Seri Vida terus menerus dikecam oleh netizen.

Sebab dirinya dikecam adalah kerana keterbukaannya memberi komen serta pandangan terhadap peserta Big Stage 2022 pada konsert minggu lalu.

Oleh kerana itu, DSV meluahkan rasa sedih menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik itu, usahawan sensasi tersebut berasa hairan kerana setiap apa yang dilakukan olehnya pasti mendapat kecaman daripada netizen biarpun sudah cuba sebaik mungkin menjaga imejnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata biarpun didepan orang ramai dia kelihatan gembira tetapi disebaliknya Allah SWT saja tahu perasaan sakitnya dikecam ramai.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkan netizen meninggalkan nasihat buat DSV dengan mengatakan dia lebih sesuai dalam bidang perniagaan berbanding dunia hiburan dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

SUMBER : TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.