Oyen Dikerjakan Ibu Ayam Gara2 Kejar Anak Haiwan Itu, “Nakal Sangat Kan Dah Kena”

Kucing berbulu oren sering kali dipanggil Si Oyen dan cukup sinonim dengan perangai nakal mereka. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja perangai nakal yang dilakukan oleh si comel berbulu oren ini.

Malah ada yang menganggap jika Si Oyen tak buat hal memang tak sah. Dalam satu perkongsian rakaman yang telah mencuri perhatian warganet ini, dipaparkan Si Oyen buat hal dengan anak ayam di halaman rumah.

Kelihatan seekor kucing berbulu oren mengejar anak ayam. Namun pengakhirannya buat ramai terhibur menyaksikan gelagat Si Oyen ini. Manakan tidak akhirnya Si Oyen dikerjakan ibu ayam selepas ia cuba mengejar anak haiwan tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman Si Oyen dikerjakan ibu ayam yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun lynlynnnnne ini:

@lynlynnnnne oyen buat hal. ingat nak bergurau je tangkap anak ayam sekali kena patuk pastu tendang dgn maknya 😭🤌🏼 #oyen #oyenbuathal #fyp ♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Ha..kau..Sakan kejar anak ayam kan dah tak pasal-pasal kena dengan ibunya. Perkongsian rakaman Si Oyen dikerjakan ibu ayam ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 84 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Masa gengster kejar anak ayam. Lepas kena tendang dengan mak ayam”

Oyen Dikerjakan Ibu Ayam 4

“Elehhhhh..Lepas tu balik mengadu kat mak. Cakap ayam buli dia”

Oyen Dikerjakan Ibu Ayam 3

“Balik ngadu kat mak, suruh goreng ayam tu”

Oyen Dikerjakan Ibu Ayam 2

“Hahaha muka tak macam penuh penyesalan pun. Esok dia nak balas dendam kan Oyen mana pernah mengalah”

Oyen Dikerjakan Ibu Ayam 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.