Si Bulus Pandai Salam Manusia, “Comel Jer Hulur Tangan”

Haiwan seperti kucing sememangnya antara yang sering dijadikan peliharaan. Bukan sahaja kerana kecomelannya, malah disebabkan kesetiaan dan pelbagai ragam haiwan ini menjadi antara sebab mengapa ia sering menjadi kesayangan ramai.

Malah lihat sahaja telatah haiwan ini yang sering menjadi perhatian ramai bila video mereka disiarkan di sosial media. Pelbagai ragam dan kelakuan haiwan ini juga membuatkan ramai terhibur.

Menerusi satu perkongsian rakaman baru-baru ini, kelihatan kucing comel pandai salam manusia telah mencuri perhatian ramai. Dalam video itu dipaparkan kucing berbulu putih dan gebu sedang lepak di atas katil.

Screenshot at Feb 26 20-45-49

Datang pemiliknya menghulurkan tangan kepada haiwan berkenaan. Si comel ini turut menghulurkan kaki depannya sebagai tanda untuk bersalam dengan individu tersebut.

Berikut adalah perkongsian si bulus pandai salam manusia yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun meiying.jie ini:

@meiying.jie Mummy terpaksa tinggalkan, sekejap ja 🥲 #catsoftiktok ♬ original sound – mirza

Alahai pandai betul nampaknya si comel ini ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman si bulus pandai salam manusia ini telah meraih lebih 130 ribu tontonan dan 12 ribu likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan kagum dengan si bulus berkenaan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Sedihkan bila nak tinggal kan diaorang. Bila tengok mata dia tu. Sebak rasa, dia tengok je kita g”

Si bulus pandai salam 4

“Pandainya dia hulur tangan nak salam. Tapi tarik balik sebab nak bagi mommy serba salah nak pegi work”

Si bulus pandai salam 3

“Kucing saya siap hantar depan pintu setiap kali nak pegi keje. Dia paham kita bersiap mesti nak keluar…Haih rindu plak”

Si bulus pandai salam 2

“Pandai hulur nak salam”

Si bulus pandai salam 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.