“Kembang Tekak Weh..” – Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Atas Tilam, Pakai Seterika Demi Konten Media Sosial

Jika ingin menjamah sesuatu makanan, pastinya kita akan menyediakan juadah dengan cara yang terbaik atau membelinya di gerai makanan yang bersih dan diyakini halal bagi orang Islam.

Seolah menjadi ‘trend’ apabila ramai yang bergelar ‘cef jadian’ apabila masing-masing menunjukkan bakat memasak demi konten media sosial.

Jika di Malaysia kita ada Khairul Aming, di Jepun pula tular mengenai seorang lelaki yang gemar berkongsikan video dia memasak namun dengan cara yang sedikit ‘mual’ dan ‘kembang tekak’ buat mereka yang melihatnya.

Difahamkan, individu bernama Haritsuu ini merupakan warga Indonesia tetapi menetap di Jepun.

Dalam sebuah video miliknya, dia ada berkongsi resipi memasak nasi goreng beserta ayam namun yang peliknya, dia tidak menggunakan dapur sebaliknya tilam sebagai alas dan juga seterika untuk menyediakan juadah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.