“Hensemnya, Copy Paste Muka Daddy”- Wajah Anak Hetty Sarlene Berusia Setahun Jadi Bualan

Nama Hetty Hetty Sarlene atau nama penuhnya Hetty Sarlene Abdul Hamid ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura yang kini menetap di Malaysia.

Nama Hetty terkenal dengan lakonannya dalam Drama Sembilu bersama pelakon Zed Zaidi. Setelah hampir 13 tahun menyepi daripada industri muzik, pada tahun 2018 beliau membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-4.

Hetty kemudiannya berkahwin dengan lelaki British bernama Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Selepas empat tahun berkahwin, Hetty Saelene dan pasangan selamat menimang cahaya mata lelaki sulung yang diberi nama Landon Alexander Oakes pada 28 Januari 2021.

Hasil perkongsian momen indah bergelar seorang ibu hampir setahun, gambar anak lelakinya yang membesar dengan wajah yang sangat kacak menarik perhatian warganet.

      

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat gembira dengan perkongsian gambar anak kepada pelakon Sembilu tersebut. Ramai yang mengatakan muka anaknya sulungnya copy paste muka suaminya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: Ig Hetty Sarlene

Leave a Reply

Your email address will not be published.