Gadis ‘Lokal’ Jadi Mangsa, Individu Ini Dedah Sindiket Kartel Dadah Nigeria Semakin Rancak Di Malaysia

Tular beberapa hari ini di media sosial Twitter apabila seorang individu telah mendedahkan mengenai sebuah sindiket dadah melibatkan warga asing Nigeria yang aktif melakukan aktiviti haram mereka di negara ini.

Akaun Twitter yang dikenali sebagai @anti_human_90 itu memaklumkan bahawa kartel dadah itu telah wujud begitu lama dan antara yang menjadi mangsa adalah wanita-wanita tempatan yang dijadikan umpan untuk melakukan jenayah itu.

Dalam untaian Tweet itu, pengendali akaun tersebut berkata bahawa pendatang asing kebanyakan dari Nigeria ini gemar melakukan aktiviti ‘scam’ dan juga menjual najis dadah seperti ‘ice’, opium dan ganja.

Malah, individu tersebut turut mendedahkan wajah-wajah suspek yang aktif melakukan kerja haram itu serta warga Thailand yang terlibat menjadi ‘ibu ayam’ dan juga pengedar dadah.

Sindiket tersebut difahamkan membawa masuk bekalan barangan terlarang itu ke dalam negara dengan cara merasuah beberapa pegawai di sempadan serta teknik-teknik lain seperti menyembunyikan dadah ke dalam alat sulit wanita.

Sindiket dadah nigeria

Manakala penglibatan wanita-wanita tempatan pula adalah dengan cara menjadikan mereka ini sebagai ‘keldai dadah’ dan juga ‘menumpang’ akaun bank untuk memudahkan pembeli memasukkan bayaran dan juga kegiatan jual beli yang lain.

Lebih mengejutkan, kesemua yang terlibat itu masih kekal bebas di negara ini tanpa dokumen pengenalan yang sah dan bebas kemana-mana sambil menjadikan negara ini tempat kegiatan jenayah mereka.

Sindiket dadah nigeria

Selain itu, mereka turut berkumpul di sebuah ‘kelab’ yang menyamar sebagai kafe di mana kegiatan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, gansterisme serta aktiviti seksual berlaku tanpa kawalan.

Di akhir untaian tweet itu, individu itu turut menyoal tahap kredibiliti pihak berkuasa kerana perkara tersebut pernah dilaporkan beberapa kali  namun hanya sekadar ‘tangkap dan lepas’, dan masih aktif setelah itu.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.