“Pad Wanita Dah Basuh Pastu Sidai..”- Netizen Kongsi Ragam ‘Roommate’ Pengotor, Kebanyakkan Perempuan?

Bukan pertama kali kita mendengar cerita atau kisah-kisah rakan serumah misalnya yang bersifat pengotor dan tidak pandai menjaga kebersihan diri.

Kalau letih balik kerja, jumpa pula orang yang macam ni pastinya akan menjadi beban sedikit sebanyak sehingga stress dibuatnya.

Baru-baru ini di media sosial Twitter, pengguna aplikasi itu ada berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan rakan serumah yang pengotor. Namun, apa yang mengejutkan apabila rata-ratanya perempuan yang berkelakukan tidak senonoh macam ni!

Kongsi seorang netizen,  ada yang tidur bersama ‘make up’ di wajah dan bangun keesokan paginya dengan hanya menukar baju sahaja untuk ke tempat kerja.

Ada juga yang berkongsi foto lauk makanan yang disimpan di dalam peti sehingga tumbuh anak pokok daun bawang kerana dibiarkan terlalu lama.

TwitterSumber : Twitter  

Malah, ada juga yang tidak memakai ‘pad’ ketika datang haid kerana terlalu kedekut untuk membelinya.

Yang lebih mencuri perhatian adalah apabila ramai yang mengatakan golongan pengotor ni kebanyakan wanita yang cantik dan elok rupa parasnya. Betul ke?

Komen TwitterSumber : Twitter  

Apa-apapun, setiap insan tidak kiralah lelaki atau wanita haruslah menjaga kebersihan kerana ianya adalah tuntutan agama dan juga melambangkan keperibadian diri kita.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.