“Saya Tak Mahu Jayden Jadi Anak Yang Mahir Berbahasa Inggeris Tapi Tak Tahu Cakap Melayu,” – Noor Nabila

Kakak selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila memilih untuk terus memartabatkan bahasa Malaysia  selepas ditanya mengenai ada ibu bapa kini yang cenderung mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris terhadap anak-anak mereka.

Menurut Nabila, dia juga sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, sedangkan itu bahasa kebangsaan.

Malah jelasnya lagi, dia dan ahli keluarga lain akan bercakap dalam Bahasa Malaysia di rumah.

“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.

“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.

“Untuk Jayden dia kena tahu Bahasa Malaysia dan dialek Kelantan. Kalau bapanya nak dia mahir dalam dialek Pulau Pinang, itu terpulang kepada Sharnaaz.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya,” katanya yang turut akui Sharnaaz turut selesa dengan cara tersebut.

Usahawan itu ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya pada Khamis.

Nabila bagaimanapun tidak menafikan akan kepentingan bahasa dunia itu, namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.

“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Nabila tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.

“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.

Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.