Kawasan Rumah Banjir, Gelagat Pak Cik Selamba Menyapu Pula Bikin Dekah

Baru-baru ini beberapa kawasan di Pantai Timur mengalami banjir yang agak teruk sehingga memusnahkan banyak kediaman. Di sebalik kisah yang berlaku ini, gelagat seorang pak cik yang dilihat menyapu sampah dalam keadaan banjir mencuit hati netizen.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut tertanya-tanya motif sebenar lelaki itu menyapu walaupun di dalam banjir. Perkongsian tersebut juga tular dengan hampir setengah juta tontonan setakat ini di mana ramai yang turut berdekah melihatnya.

@farhanasallehh Ayah akan terkenal suatu hari nnti😌💗 #banjirpantaitimur #kemaman ♬ Sutun 1 – sholehahhamid1999

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang pak cik yang sedang menggunakan penyapu semasa dirakamkan. Dalam masa yang sama, dapat dilihat keadaan kawasan rumahnya yang dinaiki air disebabkan banjir yang berlaku.

Apa yang menarik perhatian ialah dia sempat menolak air di situ menggunakan penyapu yang dipegangnya. Namun sudah tentunya, ia tidak menjadi memandangkan keadaan air yang agak dalam memasuki kawasan rumahnya ini.

menyapu

Malah netizen turut berasa hairan melihat apa yang cuba dilakukan oleh lelaki itu sekaligus membuatkan ramai berdekah. Ada juga yang berseloroh mungkin hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihat apa sebenarnya yang ditolak oleh pak cik tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh bertanyakan sama ada kawasan rumahnya sudah siap dibersihkan ataupun dia masih lagi menyapu sehingga kini.

“Yang terbukak hijab je yang nampak pak cik ni sapu apa.”

pak cik

“Sampai sekarang ke masih menyapu tu?”

banjir

“Dengar cerita air yang pak cik sapu tu banjir ke rumah saya.”

komen

“Hm pak cik buatlah pak cik.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.